nuff

22 Jun 2011

Oh pochott !! Angkara Nasi Beriani Joho ??!!


Oh pochott !! UUiiii.. jangan la cuit3... hadoiii.. Ni hangpa nak dengar cerita aku tak? sebenarnya aku pun tak tau nak cerita apa kat hangpa hari ni. So aku pun ciptalah satu rekaan semata-mata punya cerita ni. Ceritanya macam ni...

Semalam ada buat jamuan dekat ofis aku ni. Macam-macam makanan ada, dan yang paling best sekali nasi beriani Johor dan satay la. huh !! lepas makan jer, mengantuk gila. sampai aku tersengguk-sengguk la kiranya depan pc ni masa tengah buat keja. Mujur la tak ada orang yang perasan aku tersengguk.

Lepas tu, malam tu pulak aku balik dari ofis lambat. Pukul 11 lebih baru balik. tak buat apa pun saja-saja jer seronok balik lambat, jalan tak jem, tak la boring sangat, sebab kat rumah tak ada benda aku nak buat, laptop pun tak dak.

Sampai ja di rumah aku, aku pun rehat-rehat la kejap. Pastu aku lupa nak tulis tadi, masa nak balik dari ofis tu aku ada bungkus bawak balik sikit nasi beriani. Lepas aku berehat kejap, aku pun pegi la makan nasi beriani tu. Lepas makan, aku pun duduk la kejap kat dalam bilik. Ye la, tempat aku kat rumah sewa memang dalam bilik jer, aku malas nak duk lepak kat depan, tak boleh isap rokok. Oleh sebab aku tak duk lepak kat depan, budak-budak yang sewa bilik yang lain pun duk melepak dalam bilik diorang jugak.

Kemudian, aku pun rasa letih, nak baring-baring la kejap. Sambil-sambil tu aku pun on la FB guna smartphone cokia aku. Entah macam mana dengan lampu pun tak dipadamkan, mata aku tiba-tiba terpadam. Sedar-sedar ja, dah pukul 5.30 pagi, orang kat masjid dah baca al-Quran. huh !! baru aku teringat yang aku tak solat 'isyak lagi, astaghfirullahal'azim..

Itulah angkara nasi beriani. huh !! tak tau la betul ke tak. Tak kan la pulak kan?? Atau mungkin jugak sebab aku dah dua hari tido lewat duk layan FB. Atau mungkin jugak sebab aku baru start senaman ringan pagi semalam??? Agak-agak korang kenapa??

21 Jun 2011

Oh pochott !! Tekejut Beruk !!



Korang jangan jadi macam beruk ni !!